JANA PENDAPATAN SANTAI DENGAN PAID SURVEY

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..



Dalam entry ini saya akan kongsikan bagaimana untuk menjana pendapatan secara santai dengan Paid Survey, iaitu dengan menjawab tinjauan atau kaji selidik. Secara ringkasnya anda akan dibayar dalam bentuk duit tunai atau point dengan menjawab soal selidik yang dikemukakan. Kadar bayaran adalah berbeza-beza mengikut laman Paid Survey. Jumlah pendapatan yang boleh diperolehi tidaklah terlalu tinggi, tetapi boleh digunakan untuk membantu menampung perbelanjaan harian yang semakin tinggi pada ketika ini. Anda boleh menjana RM100 hingga RM1000 sebulan bergantung kepada berapa banyak kaji selidik yang anda boleh jawab. Kalau rajin jawab dan dapat banyak kaji selidik, boleh lah jana lebih banyak income =).

Kebanyakan tinjauan dibayar dalam bentuk point, iaitu anda perlu mengumpul point untuk menebus ganjaran wang tunai atau ganjaran bentuk lain seperti vaucer beli belah. Saya lebih suka menebus wang tunai. Caranya mudah, anda hanya perlu daftar, dan anda akan menerima beberapa kaji selidik untuk dijawab.

Antara tips untuk anda menerima lebih banyak kaji selidik adalah daftar lebih banyak laman paid survey dan lengkapkan profile diri anda. Kaji selidik akan diberikan berdasarkan profile anda. Mula-mula mungkin agak sukar untuk anda melengkapkan setiap kaji selidik, kerana anda boleh disingkir keluar dari kaji selidik tersebut jika jawapan anda tidak menepati syarat. Tetapi lama-kelamaan setelah anda menjawab beberapa kaji selidik, anda akan dapat membaca apa yang dikehendaki oleh kaji selidik tersebut dan semakin mudah untuk anda menjawab. 

Saya kongsikan beberapa laman Paid Survey yang saya sertai:

1.TOLUNA 
Toluna adalah antara laman kegemaran saya kerana kerap menawarkan kaji selidik untuk dijawab. Jumlah point yang diberikan jika berjaya melengkapkan kaji selidik juga banyak iaitu antara 1000 hingga 6000 point. Anda boleh menebus wang tunai RM20 (dibayar dalam bentuk US Dollar yang sama nilai dengan RM20)  bagi setiap 16320 point yang dikumpul.

Dashboard Toluna

Bahagian ganjaran

Klik link ini untuk daftar Toluna:
Mobrog menawarkan wang tunai dalam bentuk US Dollar bagi setiap tinjauan yang dilengkapkan. Jumlah minimum untuk penebusan adalah USD6.25 (lebih kurang RM25). kaji selidik yang diterima juga agak kerap. 

Sejarah survey yang berjaya dijawab beserta bayarannya

Berjaya Tebus USD6.25 =D

Klik link ini untuk daftar Mobrog:


Jumlah minimum bagi penebusan iPnelOnline adalah 5000 point = RM50
Anda masih boleh mendapat 1 hingga 4 point jika disaring keluar.

Klik link ini untuk daftar iPanelOnline:


4. VIEWFRUIT
Dashboard Viewfruit Malaysia


Senarai ganjaran mengikut point
Penebusan minimum bagi Viewfruit adalah 2500 point = USD 5
Anda masih boleh mendapat 1 hingga 3 point jika disaring keluar.
Anda juga diberi 1 peluang cabutan bertuah (hadiah point) jika berjaya melengkapkan 1 kaji selidik. 

Klik link ini untuk daftar Viewfruit:
https://my.viewfruit.com/Index/register/inviteid/MTk5MzkxOk5WTUhRM01QR0E5QlNKOTVTS01X.htm


5. GLOVISS


Gloviss adalah Laman dari Malaysia. Kekerapan kajiselidik agak kurang tapi masih boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan tambahan. 
jumlah minimum penebusan adalah 3000 point = RM30 atau vaucer KFC bernilai RM30.

Klik Link ini untuk daftar Gloviss.


6. YOUGOV

Anda hanya akan menerima jemputan kajiselidik melalui email.
Jumlah minimum penebusan adalah 5000 point = SD70

Klik Link ini untuk Daftar YouGov:
https://my.yougov.com/en-my/refer/3_hIkGKCJnDEZZC66VWjlA/


Ada banyak lagi laman Paid Survey yang boleh disertai. Yang penting anda rajin mencari. Kebanyakan bayaran penebusan adalah melalui akaun PayPal. Pernah dengan Paypal?..
Paypal adalah satu sistem pembayaran elektronik yang menggantikan bayaran secara konvensional. Anda perlu mendaftar akaun PayPal untuk menerima pembayaran daripada penebusan yang anda lakukan.

Contoh Pembayaran yang diterima melalui PayPal

Wang yang disimpan di dalam akaun Paypal boleh dipindahkan ke akaun bank anda dengan jumlah minimum USD10.

Semoga Berjaya! ;)



Ulasan

  1. I am really surprised by the quality of your constant posts.You really are a genius, I feel blessed to be a regular reader of such a blog Thanks so much..I’m really enjoying the design and layout of your site. It’s a very easy on the eyes which makes it much more pleasant for me to come here and visit more often. Did you hire out a designer to create your theme? Excellent work!Mobile price bd
    Onlinekaj.com
    ভিটমেট plz sir Don't delate my comment, It’s dependent my future Thank you..

    BalasPadam

Catat Ulasan